ENDING FOR 5 YEARS STORY


Rindu?  Rindu itu anugerah kurniaan dari tuhan.  Setiap insan yang mempunyai hati nurani punya rasa rindu.  Cinta dan rindu itu bermula daripada Adam dan Hawa.  Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha.  Diabdikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah.  Diperikan pula Romeo dan Juliet.  Diceritakan Rama dan Sita.  Dilakonkan oleh Laila Majnun.  Dan kini kita pula meneruskannya.  Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejati.  Ibarat tasbih dan benang pengikatnya.  Terajud menjadi untaian. Yang akan selalu disentuh.  Satu demi satu oleh insan mulia.  Yang bibirnya basah akan cinta Ya Rabb.

Pantasnya masa berlalu.  Suka dan duka silih berganti.  Sahabat, kau tak pernah tahu.  Ya Allah hapuskanlah rasa rindu yang satu ini. Rasa ingin dimiliki dan memiliki itu lumrah.  Lagi lagi zaman remaja ini.  Apabila sudah memiliki dan dimiliki suatu keindahan.  Tak pernah terduga, kita akan terduduk dengan kuasa cinta sebegini. Bahagia kerana cinta dan berduka juga kerana cinta.  Allahu.

     Jika ini ujian untuk kita, kita kena redha.  Kita harus percaya, Allah sayang akan hambanya, dan itu akan menjadi sebagai asbab Allah sayangkan dan rindukan hambanya.   Allah berfirman kepada Malaikat Jibrail, "Pergilah kepada hambaku, dan berikanlah ujian dan dugaan kepada mereka.  Sesungguhnya aku rindu akan rintihan mereka".  Seandainya rasa sakit yang kita lalui ini sebagai tanda rindu Allah kepada kita, kita redha.

     Tiada yang sia-sia dalam ketentuan Allah.  Allah dah uji dah sebelum memberi sesuatu takdir itu kepada kita.  Takdir yang kita lalui sekarang, Allah dah aturkan.  Hinaan dan cacian yang kita rasakan sekarang, adalah takdir yang Allah sudah izinkan.  Ya Allah, redha aku walaupun aku jatuh terduduk. Begitu juga tentang takdir diatas petemuan seorang insan dengan yang lain, serta kehilangan yang berlaku.  Tidaklah Allah hilangkan sesuatu daripada dirimu kecuali Dia hendak menggantikannya yang lebih baik untuk mu.  Hijrah itu penawar.Di sinilah hidup perjalanan ku bermula.  Apa yang penting, kita redha setiap susun atur yang Allah sudah rencanakan untuk kita.  Allah Ya Rabbi. 

     Dalam kehidupan ini, memang tidak ada kisah yang sempurna tapi Allah selalu  beri kasih yang sempurna pada setiap kisah kita.   Dan kita melihat, betapa indahnya kisah orang lain, sesungguhnya kita mampu membuat kisah kita lebih indah dari sesiapa.  Dalam Islam kita boleh menyatakan cinta tapi tidak penting. Tidak sepenting bukti sebenar cinta.  Bukti sebenar cinta itu apabila kita menghargai orang yang kita cinta itu dengan perbuatan agar dia rasa terselamat dan terhormat.  Contohnya, disaat kita ingin melepaskan seseorang, ingatlah saat kita ingin mendapatkannya dulu.  Disaat kita tidak merindukannya , ingatlah saat pertama kali kita melafazkan cinta kita kepadanya.  Disaat kita mula bosan dengannya ingatlah saat-saat indah kita dengannya.

    Percintaan paling indah dan tidak merugikan diri kita jika kita menantikannya ialah Cinta kepada Ya Rabbi.  Cinta kepada Rasul.  Diri makin meningkat dewasa.  Kini aku sedar bahawa tiada cinta lebih agung daripada cinta kepada Yang Maha Satu, Rasul dan para sahabat serta keluarga.  Wahai sahabat, usah membazirkan masa mu dengan percintaan ala Setan:

Percintaan ala sundal bolong, di depan manis belakang bohong.Percintaan ala pocong , selalu lompat-lompat dari satu hati ke hati yang lain.Percintaan ala toyol.  Ada wang abang sayang. Tiada wang, abang ditendang dan sayang pun melayang.Percintaan ala pontianak.  Tak tahu bila nikahnya tapi tiba-tiba dah dapat anak.

     Aku tak tahu apa tujuan utama aku post entri kali ini.  Aku hanya mampu taip apa yang terlintas.  Kuatkan aku untuk menaip sehingga habis.  Airmata tak pernah kering setelah apa yang berlaku.  Apa yang pasti aku sekarang terjatuh terduduk dengan kata-kata manusia.  Manusia yang segalanya untuk aku.  Dan akhirnya aku terduduk dengan kata-katanya. Terima kasih wahai teman sebab sedarkan aku.  Biarlah aku menangis sekarang, bukan nanti.  Biarlah aku terluka sekarang bukan nanti. Tidak semua yang kita mahukan, akan dapat kita miliki.  Ada waktunya kita perlu melepaskannya.  Dan hari-hari berlalu, membuatkan aku kembali tempat asalnya aku. Bukan aku tidak redha apa yang tertulis di LuhMahfuz.  Cuma aku manusia yang penuh kelemahan, aku memerlukan masa untuk bangun balik dan sekuat dahulu.  Aku manusia yang penuh dosa dimuka bumi ini.  Dan tidak mungkin aku ulangi kekhilafan dulu.  Aku percaya, selagi peluang itu ada, aku berpeluang menjadi wanita solehah di akhir zaman.  Sedih aku hari ini akan menjadi kenangan terindah aku di hari kelak.

Selamat tinggal, teman.  aku akan terus melangkah tinggalkan setiap kenangan.  Dan setiap kenangan akan aku gantungkan harapan kepada Yang Maha Satu, Allah Ya Rabbi.  Ya Muhaiminun.  Redhakan saya dunia akhirat.  Ya Allah, yang berlalu biarlah ia.  Aku redha dan hidup ini aku teruskan biarlah Allah susunkan semuanya.  Aku percaya Allah dah susunkan cantik untuk ku.   

Biarlah berkata dari hati.  Agar ia sampai ke hati.  Insya Allah