Muhajadah

Bismillahhirrahmannirrahim .
Assalamualaikum.

Alhamdulillah, marilah kita mengucap syukur ke hadrat Illahi kerana dipanjang umur untuk melaksanakan tangungjawab kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Sesiapa yang baca post ini dan mengenali diri ini, saya mahu minta tolong boleh?  Tolong jangan panggil saya Syasya lagi. :)  Nama diberi Siti Nur Syahirah Fasihah Binti Norman.  So, kamu semua boleh panggil saya berdasarkan nama itu.  Nama Syasya hanya keluarga Syasya je yang boleh panggil.

Today, Fasihah nak share something yang bermakna untuk kalian.  Insya Allah.  Apa itu Mujahadah?  Fasihah dapat perkataan itu kat lingkaran ilmu di KV Perd.  Ada banner yang betulis, "Mujahadah itu pahit kerana syurga itu pahit".

Kalau sesiapa mengenali Fasihah, Fasihah minta ampun di atas kisah silam Fasihah.  Kita manusia yang tak lari dari membuat kesilapan.  Jadi, Fasihah minta ampun kepada semua jika Fasihah buat salah kepada kalian.  Fasihah banyak buat dosa.  Tapi Fasihah bersyukur sangat sebab Allah S.W.T beri hidayah kepada Fasihah untuk kembali bertakwa kepada-NYA.  Fasihah nak share something.  Anggap ini sebagai pengajaran buat kita bukan untuk mengaibkan diri sendiri. Manusia selalu mengambil pengajaran dari benda yang realiti dan terjadi.  So, dengan cerita ini, Fasihah harap kalian akan jadikan pengajaran dan pedoman hidup kalian.

    Dulu, aku dikenali seorang muslimah.  Seorang anak yang solehah yang dengar dan taat kepada ibu bapa.  Aku juga sangat disayangi oleh nenek dan atuk ku.  Bagi nenek ku, aku seorang cucu yang solehah dan sangat mudah menerima nasihat dan taat pada perintah dan larangan di dalam agama Islam.  Dalam keluarga ku, solat adalah utama. Couple itu paling ditegah untuk ku.  Apabila aku meningkat remaja, banyak ujian duniawi menimpa ku.  Biasalah jiwa remaja.
    Masuk ke alam sekolah menengah, aku mula menghampiri couple.  Actually, aku memang tidak mahu couple.  Tapi aku terima couple itu diatas sebab desakan kawan aku sendiri.  Katanya, dia tidak akan kawan dengan aku jika tak terima lelaki yang suka akan diriku.  Kerana kawan, bermulalah couple ku dan lupa akan pesanan yang keluarga yang aku sayangi.  Nak tinggalkan tak sampai hati.  Nak kasih, cinta tak boleh dipaksa.  Apakan daya hanya sebulan aku couple.
    Selepas itu, aku mula mengenal couple dengan perasaan kasih di hati.  Ini juga kawan yang satukan.  Tapi dia bukan sekolah dengan aku.  Kami tidak pernah jumpa.  Aku couple jarak jauh ini di atas sebab nak jauhkan maksiat kononnya.  Kami bahagia.  Apakan daya, hubungan kami diketahui keluarga ku dan keluarga dia.  Ibu ku sakit saat itu, dan ibu menangis kepada ku dan ibu meminta aku jaga diri dan jadi perempuan solehah.  Permintaan terakhir ibu ialah meminta aku tidak bercouple.  Aku dalam dilema.  Keadaan bertambah kronik apabila ibu dia juga sedih sebab tahu anaknya bercouple.  Aku tak sampai hati sebab dia itu anak yatim.  Dia satunya harapan ibuya.  Demi ibuku, dan aku nak dia jadi anak soleh, aku melepaskan dia setelah hampir setahun bersama.
    Setelah lama aku tidak couple.  Aku menerima couple lagi dari lelaki wechat.  Kami bahagia.  Tapi cinta kami di halang oleh kedua-dua keluarga.  Ibu mengatakan bahawa dia bukan lelaki yang baik buat ku.  Nenek dan atuk ku turut menghalang kerana lelaki itu kerap menghubungi ku sehingga ke subuh.  Kerana cinta tak pasti, aku mengabaikan semuanya.  Kerana terlampau sayang, aku sanggup jadi anak dan cucu derhaka.     Larangannya aku abaikan.  Aku tidak seperti aku yang dulu.  Aku berubah mendadak.        Aku mula pandai berdating.  Sebelum ini, aku tidak pernah kenal dating itu semua. Aku juga mula makin jauh dengan Allah S.W.T. Aku lebih rela bangun malam bercall sampai ke subuh dari solat sunat pada malam hari.  Kerana cinta,  aku terbuai dengan dosa dan berubah menjadi seorang yang lalai akan dunia yang sementara.
Setelah lama bersama, aku mula sedar apa yang aku lakukan jauh tersasar.  Ceramah ustaz di sekolah memberi kesan akan diri ku.  Aku mula ajak dia berubah ke arah kebaikan.  Tapi responnya amat menakutkan ku.  Seperti mencurah air ke daun keladi.         Hari semakin, hari semakin teruk.  Tapi sejahat aku, aku tidak pernah putus berdoa kepada Allah S.W.T untuk memberi ku hidayah NYA.  Aku mentangguhkan taubat ku.  Sehinggalah Allah tarik semuanya dari diri aku.  Kekasih itu meninggalkan aku,  Aku terkapai-kapai di saat perpisahan itu.  Yang aku tidak sangka, dia memaki aku dengan penuh penghinaan sekali. :')
    Allah itu Maha Adil dan Maha Berkuasa.  Dengan izinNya dan berkat doa ku selama ini, aku diberi hidayah untuk kembali kepadaNya.  Kini, aku sering merindui cinta hati ku, Allah S.W.T, kedua ibu bapa ku dan nenek atukku.  Duhai kaum Hawa sekalian, jangan engkau mudah percaya akan rayuan dan usikan kaum Adam.  Kalau dia lelaki yang baik, dia akan meminang mu dan menjadikan mu yang halal dan tidak menyentuh selagi belum sah suami isteri.  20 tahun bercouple kamu belum kenal siapa dirinya tapi kamu hanya kenal lakonanya sahaja.  Renungkanlah, selamat beramal jariah.

Berikut itulah kisah realiti seorang saudara muslimah kita.  Setiap orang ada masa silam memasing.  Yang lepas, biarkan berlalu.  Allah S.W.T tidak menilai kita pada kisah silam.  Tapi Allah S.W.T menilai kita sekarang dan akan datang.  Allah S.W.T menilai kita masa kita meninggal.  Pedulikan orang sekeliling berkata apa tentang mu.  Nak jadi baik ini banyak dugaan.  Mulut orang kita tak boleh nak tutup, so kita redha dan berdoa kepada Allah S.W.T agar orang sebegitu diberi hidayah.  Jangan diungkit kisah lama kerana setiap kisah itu amat perit untuk kita lupakan.  Jadikan Allah tempat kita meluahkan segalanya bukan laman sosial.  Semoga dengan cerita yang tidak seberapa ini menjadi pengajaran buat kita.  Ingatlah, muhajadah itu pahit kerana syurga itu manis

Salam Ukhwah