Spaghetti Tuna Olio

Assalamualaikum

Hari ini saya akan share tentang resepi Spaghetti Tuna Olio. Sebenarnya, saya lebih gemar Spaghetti Aglio Olio sebab simple je masakannya.  Tapi lupa plak resepinya.  Next time, saya akan share resepi Spaghetti Aglio Olio ;)


Gambar contoh di facebook

SPAGHETTI TUNA OLIO

Bahan-bahan:

1/2 paket spaghetti- Celur sampai empuk.

3 camb olive oil - Kalau tak ada, boleh pakai minyak masak biasa, actually olive oil id good for our health because dia tak tepu dalam badan.

3 biji bawang putih - Cincang.

1 biji bawang besar - Cincang.

Sedikit daun Pudina.

1 tin tuna flakes - Saya pakai ayam brand tuna flakes in sunflower oil.

Garam dan gula.

3-4 keping shitake mushroom.

3-4 biji cili kering - Dihiris panjang dan serong.

1 biji tomato - Potong dadu.

Hiasan:

Fried garlic
Parmesan cheese
Coarse black pepper

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dalam kuali.  Tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili kering hingga garing.

2. Bila bawang dah garing, masukkan mushroom dan tuna flakes.  Goreng seketika hingga tuna kegaringan.

3. Masukkan spaghetti dan tomato dan digaul rata.  Masukkan garam gula secukup rasa dan juga
daun pudina.

4. Semasa menghidang taburkan coarse black pepper, Parmesan cheese dan fried garlic.  Siap untuk di makan. 


Selamat mencuba resepi kali ini!

Just For You My Beloved Friend :)


Assalamualaikum.

Pada 20 Jun ni, birthday budak atas tu.  Hihi, selamat hari tua yang ke 17 tahun ya Achimie Najua.  Haha, miss you very much lah.  Nama diberi Akrimi Najwa.  Seorang yang baik, cantik, pemaaf.  Aku buat entry tentang kau sebab aku tak mampu nak bagi kau hadiah.  Sebab kita dah jauh. :'(  

Dulu, kau selalu ada untuk aku.  Aku ada untuk kau.  Sebelum tidur, aku akan jerit dari katil atas, "Good night, kimi."  Lepas solat jemaah, aku akan tepuk peha kau untuk minta tangan kau untuk bersalaman.  Bila kita gaduh, kau akan tanya,"Seha, kau dah tak tepuk peha aku nak minta salam."  Kau je kenal perangai pelik aku.  Aku rindu kau, kimi :'(

First time aku masuk dorm Bunga Raya, aku tabik tengok kau.  Buat hal sendiri dengan MP3 kau, pastu tak pernah tengok kau nangis.  Tapi masa tu aku tak rapat dengan kau.  Aku lebih gemar buat hal sendiri.  Aku tak ingat bila kita boleh rapat sampai sekarang.  Tapi, thank kimi.  Kau sudi dengar masalah aku, sudi tolong aku masa assignment aku kena reject, terima kasih pinjamkan diri kau saat aku nangis.  

Akrimi Najwa, thank sebab kau support masa aku down dulu.  Thank sesangat.  Aku tak tahulah apa jadi kat aku kalau kau tak ada dulu.  Kau nak tahu tak kenapa aku suka kawan dengan kau?  Sebab, kau jaga solat kau.  Malas macam mana, kau mesti solat.  Tu aku selesa kawan dengan kau.  Kau selalu tarik tangan aku cepat cepat pergi ke surau.  Aku rindu kimi semua tu.  Kekadang aku termenung kat surau.  Aku selalu teringat masa kita kat surau.

Tahun ni dorm kita dah tukar.  Kau Keembong, aku Santalia.  Haha, aku tak caya yang kita satu aras.  Haha, sebelum masuk dorm kau mesti jumpa aku luahkan problem kau, cerita kau.  Aku rindu saat tu.  Kita duduk kat tangga, soseh sana soseh sini.  Paling aku tak lupa, kau masuk dorm aku.  Kau dekatkan muka kau betul betul depan muka aku semata mata nak kejut aku solat Subuh. :'D  Haha, terkejut tahu.  Tapi aku cover.  Haha.  Aku rindu nak dengar kau panggil aku Sehah.

Semua tu kenangan.  Sebelum kau tinggalkan aku, kau nangis depan aku.  Aku sedih tengok kau camtu.  Sumpah, hati aku sakit sangat masa tu.  Aku nak kau tahu, aku tak lupa kau cakap,"Kau jangan tinggalkan aku,Seha."  Aku pun janji.  Tapi apakan daya, takdir dah tertulis yang kau tinggalkan aku.  Tapi, walaupun kita jauh, kita masih keep in touch.  Alhamdulillah , kau masih ingat aku. :)

Akrimi, ni pesanan khas daripada aku.  Jaga diri kau kat sana ea?  Aku kat KV Perd tu sentiasa ingat kau.  Sentiasa rindu kau.  Kekadang, terbayang apa kita buat kat KV Perd tu. :'(  Macam orang gila aku dulu masa kau tinggalkan aku.  Tak tahu kenapa aku sedih. Aku down macam orang putus cinta. Haha.  Ingat, kau tak sengsorang, kau ada aku.  Aku sentiasa untuk kau.  Ingat, perangai kita ni serupa.  Aku dah anggap kau macam adik aku je.  Apa apa hal, contact aku.  Good luck untuk SPM 2015.  Sayang kau Akrimi Najwa <3


Ku tak punya wang berjuta
Apatah lagi istana
Untuk jadikan hadiah
Agar kau rasa berharga

Ini saja yang ku mampu
Sebuah entry khas untukmu
Ku harap engkau kan suka
Selamat Hari Tua :)

Cara Paling Mudah Masak Spaghetti

Spaghetti

Bahan-bahan :

  • 1 paket spaghetti
  • 1 tin sos prego tradisional
  • 1 biji buah tomato bersaiz besar dipotong dadu (jika kecil, gunakan 2 biji buah tomato)
  • 1 labu bawang holland dipotong dadu (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar)
  • 5 ulas bawang putih dipotong dadu 6 batang sosej dihiris nipis
  • 1 keping daging kisar Ramlee Cendawan butang dipotong kecil ( terpulang kesukaan anda, saya gunakan 7 biji cendawan butang dalam tin)
  • Garam secukupnya 
  • Gula secukupnya 
  • Air secukupnya
  • 2 sudu besar daun oregano (boleh dibeli dalam botol dipasaraya)
  • Minyak zaitun


Cara masak :

  1. Spaghetti Didihkan air, campurkan 2 sudu minyak zaitun dan garam. Celur spaghetti hingga lembut, anggaran masa 7 - 8 minit. Toskan dan lalukan air biasa sekejap.


Kuah spaghetti

1. Panaskan sedikit minyak zaitun. Tumiskan bawang putih dan bawang holland. Bila telah kekuningan, masukkan buah tomato yang dipotong dadu. Gorengkan sekejap.

2. Masukkan sos prego, daging kisar dan sedikit air. Masak hingga daging empuk.

3. Masukkan garam, gula, sosej, cendawan butang dan daun oregano. Biarkan masak dalam api perlahan anggaran 5 minit.

4.Tutupkan api dan sedia dihidang.


Senangkan?  Itu cara dan resipi favourite saya.  Hanya berkongsi.  Boleh mencuba di rumah ! :D