PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI

Assalamualaikum.

Today, saya nak share pesanan sdn. bhd.  Hmm.  Actually, tak kuat untuk update ni.  Tapi kene buat juga sebab tangan ni rindu nak typing pepanjang untuk blog ni.  Hehehe.  By the way,  tahniah kepada semua yang dapat results SPM 2015 okay.  Baik buruk sesuatu keputusan itu, kamu kena terima.  Jika teruk, bangkitlah.  Pesankan kat diri bahawa kegagalan ini terakhir buat diri anda.  Dan anda kena bangkit untuk berjaya.

Firstly, pesanan ini untuk kaum hawa sebenarnya.  Tapi kalau kaum Adam nak baca pun takpe.  Buat ilmu tambahan dan muhasabah diri.  Pesanan pertama, kita kena maafkan semua perbuatan salah orang lain terhadap kita.  Sebab apa?  Sebab Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun maafkan hambanya.  Cakap memanglah senanglah kan?  Ingat senang ke nak maafkan seseorang yang dah buat buruk terhadap diri kita. Awak, cuba awak behave diri jap. Awak tarik nafas.  Istighfar bebanyak.  Pandang ke hadapan. Ingat balik semua salah orang itu.  Nak nangis?  Nangislah sepuasnya sebab apabila awak sudah puas menangis, awak akan jadi kuat.  Awak tidak akan mudah menitiskan air mata sebab benda kecil je.  Awak fikir perbuatan salah orang itu, sakitkan?  Cuba awak fikir sejenak, adakah perbuatan salah orang itu berpunca dirinya sendiri atau kita juga menjadi faktor sesuatu buruk itu berlaku.  Ini untuk diri saya juga  Sebelum blame orang itu, saya akan fikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri, "Adakah aku turut bersalah dalam hal ini?"  Pada saat itu, cuba awak minta petunjuk kepada Allah.  Minta Allah S.W.T lembutkan hati kita untuk memaafkan dia dan orang lain yang melakukan salah yang lain.  Fikir camni je, orang lain buat kita, bukan kita buat orang itu.  Fikir je kita hidup ini bukan untuk dunia tapi untuk akhirat kelak.  Biar Allah menghukum, kita manusia ni tak berhak nak hukum kesalahan orang.  So, cuba maafkan semua salah orang.  Memula memang perit, tapi cubalah.  Kelak, kita yang akan tenang. :)

Pesanan kedua, belajarlah terima kekurangan seseorang.  Awak, kita ni manusia.  Tipulah kalau kita ni perfect 10 right?  Di alam ini tiada yang perfect kecuali Allah S.W.T.  Jadi, tak salahkan kita terima kekurangan seseorang itu dengan hati terbuka.  Lagi - lagi kisah silam orang itu.  Bukan senang nak terima kisah silam seseorang.  It's not easy. Tapi belajarlah terima kekurangan orang itu.  Nanti awak akan dapat pengalaman yang boleh dijadikan iktibar untuk diri sendiri.  Kekadang pernah tak terfikir, kita ni tak lah seteruk mana.  Tapi kita ditakdirkan untuk bertemu dengan manusia sebegitu rupa.  Cuba tanamkan kat diri, just fikir.  Mungkin Allah takdirkan kita untuk membimbing orang tersebut.  Seandainya, kita menolak.  Camne orang tersebut nak berubah tanpa bimbingan kan?  Hidayah dah sampai, tapi orang  sekekeling asyik memblame dia je.  Kalau kita  turut menjauhkan diri dari membimbing, saya khuatir kalau orang itu rasa ,"Lebih baik aku tak payah berubah sebab baik macam mana pun, orang tetap pandang jahat kat kita."  Awak, sepahit mana hati ni nak bimbing orang itu, sabarlah.  Mungkin dengan cara ini Allah nak kita berdakwah.  Kita tak tahukan takdir Allah?  Anggap je, kita bimbing orang itu kerana Allah.  Sepahit mana pun kita terima dia, ingatlah bahawa mujahadah itu pahit  kerana syurga itu pahit.  Pada permulaan, saya juga susah nak terima kesilapan orang.  Tapi saya cuba berbalik pada Allah.  Minta petunjuk kepada Allah.  Puas saya nangis untuk terima tu semua.  Saya nangis sebab kisah silam orang lain.  Kenapa?  Saya pun tak tahu,  Susah nak terima sebenarnya.  Tapi saya didik kat diri bahawa saya kena terima kekurangan seseorang.  Sebab masa kita ni panjang lagi kat dunia jika dipanjangkan umur.  Mana tahu esok lusa, Allah takdirkan kita melakukan kesilapan jauh lebih hina daripada orang tu.  So kita kena behave diri.  Belajarlah terima kekurangan seseorang agar suatu hari nanti ada orang yang terpilih menerima di saat orang lain hina kita.

Okay guys, rasanya cukup setakat ini buat masa ini.  Dah panjang sangat ni.  Hehehe.  Hope kamu semua  faham akan semua ini.  Maaf jika ada yang terasa.  Lastly daripada saya, apabila seseorang itu terima baik buruk kita, hargailah.  Belum tentu kita akan jumpa orang lain yang terima baik buruk kita seperti dia.  Saya pesan ni, dalam masa yang sama saya pesan kat diri saya juga.  Sesama kita musabah diri naa? :)

ASSALAMUALAIKUM