JADILAH WANITA YANG MAHAL

Bismillahhirrahmanirrahim
  • Wanita mahal adalah wanita yang menjaga auratnya dari mata-mata liar lelaki,wanita yang mampu membuat lelaki malu menatapnya secara liar.  
  • Hal ini demikian kerana, barang yang berkelas itu bukanlah barang yang dilihat banyak orang dengan sesedapnya atau sesuka hati.  Barang yang berkelas adalah barang yang hanya boleh dilihat oleh mereka yang mampu, iaitu lelaki - lelaki yang mampu meminang engkau.
  • Jadilah wanita mahal dan berkelas. Wanita mahal dan berkelas tidak rela walaupun sejengkal dari tubuhnya disentuh,bahkan dipeluk atau dicumbu lelaki yang tidak ada ikatan dengannya.
Jadilah wanita berkelas.  Kalau awak tidak mampu jadi mahal, setidaknya jangan jadi murahan.

Wanita mahal dan berkelas adalah wanita yang mampu menjaga tubuhnya dari tangan-tangan lelaki.   Namun banyak yang berpendapat, kalau wanita yang dipegang atau dipeluk oleh banyak lelaki itu adalah mereka merasa dirinya laku dan digemari. Sedangkan wanita yang tidak pernah disentuh lelaki dianggap tidak laku dan terlalu kaku.

Sebenarnya tidak menyalahkan pendapat seperti ini, memang biasanya barang murah itu cepat laku dan banyak peminatnya, banyak yang cuba-cuba.  Tetapi banyak juga setelah dicuba-cuba tidak jadi dibeli karena kualitinya yang buruk. 

Wanita mahal dan berkelas yang hanya rela disentuh,dipeluk,dicumbu oleh mereka yang benar-benar serius dan mampu mengucap akad nikah (SUAMI). Bukan hanya jadi bahan cuba - cuba.  Jadilah wanita berkelas dan mahal.